Wednesday, November 7, 2007

Fosil Hutan Tersembunyi di lombong arang batu



Para pekerja sebuah lombong arang batu di Illinois, AS terkejut ketika melihat lukisan di dinding lombong yang menggambarkan pemandangan masa lalu. Setelah menggali emas hitam yang mereka inginkan, pada langit-langit gua bekas lombong terlihat tapak lumut, semak belukar, dan tumbuh-tumbuhan purba lainnya.
Sebagaimana dilaporkan dalam jurnal Geologi edisi terbaru, fosil vegetasi purba yang diperkatakan berumur 300 juta tahun memenuhi
fosil paku pakis
kawasan lombong hingga seluas 10 kilometer persegi. Ini merupakan fosil hutan terbesar yang pernah ditemui.
"Kami turun ke lombong sampai sekitar seratus meter di bawah permukaan tanah. Kami kemudian menyusuri lorong-lorong gelap gelita yang panjangnya beberapa kilometer dengan fosil hutan di langit-langitnya," kata Dr. Howard Falcon-Lang, pakar geologi dari Universiti Bristol yang menemukan lombong tersebut.
Mereka menemukan kepelbagaian ekologi yang sangat kompleks. Jenis tumbuh-tumbuhan paling banyak ditemui berupa sejenis pakis yang tingginya sekitar 4 meter dan membentuk sub-kanopi yang menaungi vegetasi di bawahnya. Namun, ada jenis paku-pakis raksasa yang tingginya mencapai 40 meter.
"Penemuan ini sangat bernilai," kata Profesor Andrew Scott, pakar paleobiologi dari Royal Holloway University London, Eropah. Kepelbagaian hayati yang jelas terlihat dari kumpulan fosil tumbuh-tumbuhan menjadi sumber informasi yang penting untuk mempelajari sejarah hutan purba. Menurut Scott, proses pembentukan fosil di wilayah ini sangat lain dan lebih dinamis dibandingkan kawasan lainnya.
Epos Pennsylvania yang berlangsung antara 229-325 juta tahun lalu disangkakan kemuncak tempoh pembentukan arang batu di wilayah tersebut. Pembentukan lombong arang batu dan fosil di Illinois itu mungkin terbentuk kerana gempa bumi yang kuat yang menyebabkan kawasan tersebut lebih rendah dari permukaan laut. Hutan yang terendam air garam kemudian mati dan mulai ditutupi oleh endapan selama berjuta-juta tahun sehingga menjadi arang batu.
Biasanya, para ilmuwan mengetahui sejarah geologi dengan menggali lapisan batuan secara vertikal dan mempelajari lapisan demi lapisan. Tapi, dengan penemuan ini mereka dapat mempelajari satu tempoh masa kehidupan di Bumi secara terperinci yang direkod dalam satu lapisan yang sangat luas.