Sunday, February 24, 2008

buah palas




Licuala sp.


















pokok sesudu itik




Limnocharis Flava

Family: Limnocharitaceae
Common name: Yellow bur-head, sesudu itik.
Synonym: L. emerginata
Origin: Amerika

bakawali




Bakawali
Gambar in saya ambil di Kg Wakaf Angin, Kelantan. Perkara menarik mengenai pokok ini ialah bunganya akan akan berkembang pada waktu malam, apabila menjelang subuh dan jatuh.

Stenochlaena palustris (Burn.) Bedd
Nama tempatan: paku miding, paku akar, paku naga, paku ramu

Famili: Blechnaceae
Paku-pakis ini boleh tumbuh di kawasan terestrial berair mahupun sebagai epifit. Jika ia hidup terestrial, ia akan memanjat tumbuhan lain yang lebih besar menggunakan batangnya dan akarnya yang mencengkam kulit-kulit pokok. Jika ia hidup sebagai epifit, rizomnya boleh ditemui dicelah-celah pelepah kelapa sawit yang sedang mereput, di mana terdapat banyak humus.

Paku-pakis ini tumbuh dengan banyak di kawasan tanah rendah di Seluruh Malaysia, terutamanya di kawasan yang menerima cahaya matahari secara langsung. Juga tumbuh dengan banyak di hutan yang mempunyai kelembapan yang sesuai. Oleh itu paku-pakis ini jarang ditemui di hutan primer yang tebal.




Fron yang keluar dari batang yang memanjat boleh mencapai 40-80 cm panjang dengan jumlah 7-15 pasang pina. Pina tersusun secara pina ringkas. Pina steril dan fertile berbeza. Pina steril bertangkai pendek, 4 cm lebar, 16 cm panjang dan berbentuk lanset dengan hujung akuminat. Pina fertile berbentuk garis lurus yang panjang, 25 cm panjang, 3 mm lebar dan sorus menutupi keseluruhan permukaan bawahnya. Margin bergigi. Daun muda berwarna merah.
Di bahagian bawah pina fertile dipenuhi oleh sporangia. Sorusnya tidak dilindungi oleh indusium. Pucuk muda boleh dimakan dan dikatakan bagus dimakan semasa bersahur pada bulan ramadahan. Jus boleh digunakan untuk menyembuhkan demam dan rizom boleh digunakan untuk membuat tali pengikat bakul dan perangkap ikan.